Catatan Keluarga “Tak Sekolah”

Oleh: Iltizam Iman Sebelum penghujung 2017, saya tak punya banyak pandangan tentang sekolah. Tak banyak juga memikirkan tentang masalah sistem pendidikan kanak-kanak, lebih banyak menggauli permasalahan sistem pendidikan universiti. Tentang sekolah, hanya sekadar pendapat-pendapat asas dalam sekitar tema sekolah bukan kilang, atau habis sekolah jadi robot. Waktu zaman sekolah, seingat saya, setiap tahun sepanjang hari … Continue reading Catatan Keluarga “Tak Sekolah”

Neurosains: Ingatan

Oleh: Iltizam Iman   Ingatan, adalah satu faktor penting dalam kehidupan manusia. Bukan saja manusia, binatang juga menggunakan ingatan untuk terus hidup. Teknologi seperti telefon pintar dan komputer juga memerlukan cip ingatan untuk berfungsi sempurna. Bagi manusia, ingatan adalah suatu kemampuan yang membenarkan dirinya untuk menentukan identiti, argumen, kenalan, kemampuan, dan penting untuk berhadapan dengan … Continue reading Neurosains: Ingatan

Tan Malaka: Aksi Massa (Aksi Perlawanan Masyarakat)

Tan Malaka adalah orang yang pertama sekali mengasaskan konsep “Republik Indonesia”. Soekarno menyebutnya sebagai “seorang yang mahir dalam revolusi”. Seorang yang besar sumbangannya kepada kemerdekaan Indonesia. Telah mendalami sosialisme sejak berumur 16 tahun selama 6 tahun di Rijks Kweekschool, Belanda. Cita-citanya untuk mengubah nasib bangsa Indonesia tersemat tatkala menjadi guru anak-anak buruh kebun teh Belanda … Continue reading Tan Malaka: Aksi Massa (Aksi Perlawanan Masyarakat)

HOS Tjokroaminoto: Kesan Latar Belakang Keluarga Terhadap Pemikiran Sosialisme & Islam

Sebagai Anak Bangsawan Seorang kelahiran dari keluarga bangsawan, anak ke-2 dari 12 adik beradik. Bapaknya Raden Mas Tjokrosmiseno adalah pegawai pemerintah Belanda. Atuknya Raden Mas Adipati Tjokronogoro, seorang bupati/ketua daerah Ponorogo. Justeru, Tjokroaminoto adalah cicit kepada seorang ulama besar iaitu Kyai Hassan Besari. Melalui Kyai Hassan Besari ini, Tjokjroaminoto mendapat kehormatan sebagai ‘anak bangsawan’. Juga … Continue reading HOS Tjokroaminoto: Kesan Latar Belakang Keluarga Terhadap Pemikiran Sosialisme & Islam

Fikiran dan Perasaan: Kesan Tindak Balas Kimia Antara Neuron

Pada abad ke-19 semasa Santiago Ramon y Cajal menyelidik anatomi neuron, beliau mengusulkan bahawa isyarat yang dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain bergerak dalam satu arah. Badan sel neuron yang utama, iaitu nukleus, mempunyai cambahan ranting-ranting dendrit, berfungsi untuk menerima informasi yang datang dari sel lain. Informasi yang diterima tersebut selepas itu akan … Continue reading Fikiran dan Perasaan: Kesan Tindak Balas Kimia Antara Neuron

Sejarah Kelahiran Neurosains

Kelahiran ilmu neurosains bermula apabila Hippokrates menghujahkan 2,500 tahun dahulu bahawa otak adalah adalah tempat bersemayam bagi pemikiran, rasa, emosi, dan kognitif (kemampuan psikologi). Sedang dalam zaman yang sama termasuk Aristotle percaya bahawa fikiran itu bertempat di bahagian dada, iaitu hati. Sepanjang sejarah tamadun di bumi ini yang dikenalpasti, ini adalah langkah pertama yang amat … Continue reading Sejarah Kelahiran Neurosains

Mengutamakan Kebenaran Tanpa Berkepentingan (Agama maupun Ideologi)

Kebenaran yang ingin dibincangkan adalah kebenaran yang abstrak seperti keimanan dan prinsip kepercayaan. Kebenaran ini adalah sesuatu yang bersifat subjektif, boleh jadi itu juga boleh jadi ini. Tidak dapat dipastikan siapa yang berada di jalan yang benar atau salah, melainkan didasari oleh kesannya yang mendatangkan kebaikan ataupun keburukan. Sehingga kini, tiada kebenaran yang benar-benar mutlak … Continue reading Mengutamakan Kebenaran Tanpa Berkepentingan (Agama maupun Ideologi)

Minyak Ganja: Penjenayah Negara (HealTHCare) dan Usahawan Berjaya Eropah (CBD Oil Malaysia – Malaya Hemp)

Pada 7 Disember 2015, sebuah tangkapan yang melibatkan sepasang suami isteri disyaki melakukan jenayah pengedaran dadah jenis ganja dalam berbentuk cecair (minyak). Muhammad Lukman bin Mohamad, selaku admin page HealTHCare bersama isterinya yang sarat mengandung 6 bulan ditangkap dibawa ke Penjara Sg. Buloh dan Penjara Wanita Kajang. Mereka berdua dituduh mengikut seksyen 39B ADB 1952 … Continue reading Minyak Ganja: Penjenayah Negara (HealTHCare) dan Usahawan Berjaya Eropah (CBD Oil Malaysia – Malaya Hemp)

Belajar dan berkarya bersama!

Pohon Bintang

Tulisan ini adalah catatan ringkas pengalaman saya terlibat secara langsung dalam acara Population: In or Out.  Foto-foto yang diambil adalah dari teman-teman yang hadir selama perjalanan acara ini dan saya sertakan juga, maklumbalas dari teman-teman yang bersama-sama menjayakan acara ini.

Diharap dengan adanya penulisan ini, ia dapat menjadi dokumentasi buat projek ini untuk merakam usaha-usaha teman-teman yang terlibat. Saya juga berharap tulisan ini dapat menyedarkan kita tentang pentingnya menganggap seni sebagai pembentukan budaya demokratik, keterbukaan, penerimaan perbedaan dalam setiap diri individu dan kehidupan kita.

Ringkasan tentang Population: In or Out

photo credit: Jendelarumahkita photo credit: bebe| Jendelarumahkita

Population: In Or Out adalah sebuah projek kesenian “art exchange” antara pengiat seni Indonesia dan Malaysia bersama-sama anak-anak warga penduduk setempat Kampung Karrupiah, Padang Jawa.

Acara ini telah berlangsung selama seminggu dari 21 -28 disember 2013, yang memuatkan program bengkel seni komuniti, bengkel multi-media (video dan musik) pembentangan dari pengiat-pengiat seni dan kolektif yang terlibat. Hasil…

View original post 1,737 more words

POPULATION: IN OR OUT / Art Exchange + Multimedia Workshop + Community / 21-28 December/ PSS Padang Jawa

Projek ini  mengetengahkan  sebuah aktiviti komuniti yang digagas berdasarkan proses lanjutan dari sebuah pameran hasil kerja kolaboratif Malaysia dan Indonesia di Survive Garage, Jogjakarta. Praktik ini melahirkan proses kreatif sebagai  fenomena seni aktivisme, dengan  memberi peluang kepada kumpulan seni asia tenggara untuk berkomunikasi dan membuat jaringan dalam meningkatkan  dan meluaskan taraf pemahaman terhadap budaya seni … Continue reading POPULATION: IN OR OUT / Art Exchange + Multimedia Workshop + Community / 21-28 December/ PSS Padang Jawa