HOS Tjokroaminoto: Kesan Latar Belakang Keluarga Terhadap Pemikiran Sosialisme & Islam

Sebagai Anak Bangsawan Seorang kelahiran dari keluarga bangsawan, anak ke-2 dari 12 adik beradik. Bapaknya Raden Mas Tjokrosmiseno adalah pegawai pemerintah Belanda. Atuknya Raden Mas Adipati Tjokronogoro, seorang bupati/ketua daerah Ponorogo. Justeru, Tjokroaminoto adalah cicit kepada seorang ulama besar iaitu Kyai Hassan Besari. Melalui Kyai Hassan Besari ini, Tjokjroaminoto mendapat kehormatan sebagai ‘anak bangsawan’. Juga … Continue reading HOS Tjokroaminoto: Kesan Latar Belakang Keluarga Terhadap Pemikiran Sosialisme & Islam

Advertisements

Ulas Zine: ‘Molek ah’ Oleh Q-Jangsary

Oleh: Iltizam Iman Kejujuran, adalah pengisian yang paling utama dan bernilai dalam setiap bab yang ditampilkan Q-Jangsary dalam makalah ini. Penulis banyak bertolak dari penyemakan diri sendiri melalui pengalaman dan keperibadiannya untuk menyiapkan makalah yang mempunyai 92 muka surat ini. Makalah ini juga banyak menyuarakan konflik dalaman, perihal institusi kekeluargaan, sejarah kemerdekaan, dan pergelutan kos … Continue reading Ulas Zine: ‘Molek ah’ Oleh Q-Jangsary

Jalan Menuju Kemajuan Masyarakat: S.H Alatas Dalam “Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu”

Kemajuan masyarakat itu adalah satu perkembangan yang terjadi dalam sesebuah masyarakat untuk mencapai dan memenuhi potensi sebenar setiap ahli masyarakatnya. Di dalam proses ini berlakunya pertembungan antara gambaran kehidupan ideal dengan keadaan realiti sebenar, ini adalah pertimbangan antara cita-cita dengan keterbatasan diri. Untuk mencapai kemajuan, setiap ahli masyarakat itu perlu sedar akan potensi serta kekurangannya … Continue reading Jalan Menuju Kemajuan Masyarakat: S.H Alatas Dalam “Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu”

Syarat Pembentukan Masyarakat Maju: S.H Alatas Dalam “Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu”

Di dalam Siapa Yang Salah: Sekitar revolusi Mental dan Peribadi Melayu, S.H Alatas menggariskan beberapa syarat yang akan menentukan pembangunan dan kemajuan masyarakat. Beliau cenderung untuk melihat kemajuan masyarat melalui pendekatan Sosialisme dan Islam. Sosialisme dari sudut ekonomi dan undang-undang, manakala pendekatan Islam lebih memenuhi ruang etika kemasyarakatan. Dalam menuju kemajuan masyarakat, terdapat beberapa hal … Continue reading Syarat Pembentukan Masyarakat Maju: S.H Alatas Dalam “Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu”

Fikiran dan Perasaan: Kesan Tindak Balas Kimia Antara Neuron

Pada abad ke-19 semasa Santiago Ramon y Cajal menyelidik anatomi neuron, beliau mengusulkan bahawa isyarat yang dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain bergerak dalam satu arah. Badan sel neuron yang utama, iaitu nukleus, mempunyai cambahan ranting-ranting dendrit, berfungsi untuk menerima informasi yang datang dari sel lain. Informasi yang diterima tersebut selepas itu akan … Continue reading Fikiran dan Perasaan: Kesan Tindak Balas Kimia Antara Neuron

Sejarah Kelahiran Neurosains

Kelahiran ilmu neurosains bermula apabila Hippokrates menghujahkan 2,500 tahun dahulu bahawa otak adalah adalah tempat bersemayam bagi pemikiran, rasa, emosi, dan kognitif (kemampuan psikologi). Sedang dalam zaman yang sama termasuk Aristotle percaya bahawa fikiran itu bertempat di bahagian dada, iaitu hati. Sepanjang sejarah tamadun di bumi ini yang dikenalpasti, ini adalah langkah pertama yang amat … Continue reading Sejarah Kelahiran Neurosains

Mengutamakan Kebenaran Tanpa Berkepentingan (Agama maupun Ideologi)

Kebenaran yang ingin dibincangkan adalah kebenaran yang abstrak seperti keimanan dan prinsip kepercayaan. Kebenaran ini adalah sesuatu yang bersifat subjektif, boleh jadi itu juga boleh jadi ini. Tidak dapat dipastikan siapa yang berada di jalan yang benar atau salah, melainkan didasari oleh kesannya yang mendatangkan kebaikan ataupun keburukan. Sehingga kini, tiada kebenaran yang benar-benar mutlak … Continue reading Mengutamakan Kebenaran Tanpa Berkepentingan (Agama maupun Ideologi)