TENTANG T.I.G.A

Sebuah organisasi bebas yang berpusat di Parit Raja, Johor.  Cenderung kepada isu-isu masyarakat yang berkait dengan perihal alam, kesenian dan pendidikan. Di bawah TIGA, terdapat tiga cabang utama yang menjadi tulang belakang kami dalam membangunkan masa depan yang lebih progresif dan berdikari.

Pusat Sekitar Seni, cenderung kepada perihal aktivisme komuniti seni, yang melihat seni bukan sekadar conteng-contengan elit yang terpamer di galeri. Tetapi seni adalah sebagai medium pembebasan jiwa dan menghidupkan deria-deria mati, satu kaedah terapi yang mendekatkan masyarakat kepada kemerdekaan naluri.

Kebunia, bergerak sekitar komuniti kebun dan pertanian. Mengelola tanah menggunakan kaedah-kaedah yang mesra alam dan bersifat regeneratif. Mengutamakan hak kestabilan ekosistem, serta hak makanan sihat yang bebas racun dan kimia berbahaya.  

Pustaka Karyasama,  sebuah pustaka komuniti yang sedang berusaha untuk memantapkan budaya ilmu dan pemikiran kritis. Ilmu pengetahuan, bukanlah secara eksklusif dimiliki oleh elit-elit intelektual yang bernaung di bawah institusi mega semata-mata. Kami percaya, ilmu adalah hak seluruh warga yang sangat diperlukan agar setiap satu dari kita dapat membangunkan sesuatu yang bersesuaian dengan sifat semula jadi diri masing-masing.

Secara abstrak, ini serba-serbi ‘Tentang Kami’. Untuk sebarang pertanyaan, cadangan atau jalinan kerjasama (yang pastinya perlu mencapai kata sepakat), bolehlah hubungi kami.

Tindakan Gerak Asuh (T.I.G.A)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s