Kebutaan Kerajaan Negeri Johor: Sanitari Bukit Payong dan Banjir Kilat

FB_IMG_1575480178163
Kredit foto: Facebook page Gerakan Selamatkan Bukit Payung

Oleh: Iltizam Iman

 

Manusia hidup di dunia diberikan anugerah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Tetapi satu perkara tentang kuasa kekhalifahan ini yang jarang ingin disebutkan, kuasa ini boleh korup! Kerana hakikatnya, manusia adalah jambatan, antara sifat kebinatangan dengan kekhalifahan. Kerajaan Negeri Johor yang baru saja beberapa detik menjadi khalifah, sudah buta, pusing cerita, tinggalkan janji-janji lama.

Banjir kilat adalah satu kesan terhadap kerakusan manusia. Jika di suatu tempat berlakunya banjir kilat, bermakna di situ terdapat masalah penggondolan hutan. Antara fungsi utama hutan adalah untuk mengawal kadar lebihan air hujan, menggondolkan hutan ini adalah jalan pintas untuk menimba kekayaan. Dan dari kerakusan ini, kita dapat mengambil iktibar dari kejadian banjir kilat yang baru sahaja melanda penempatan di sekitar Bukit Payung, Batu Pahat, supaya pihak-pihak yang rakus dalam menimba kekayaan sedar akan ketamakan mereka. Jikalau tidak pun, sekurangnya kita jelas kenapa sang penimba kekayaan ini wajib diperangi.

rumah tanah
Kredit foto: T.I.G.A

Di Kampung Kangkar Merlimau, kuari pertama yang dibuka pada tahun 1996. Sebelum itu tiada masalah banjir kilat, tetapi semenjak 1996 itu sehingga tahun 2000, sudah mula terdapat sebuah rumah yang menjadi mangsa banjir kilat[1]. Sehingga 2019, mangsa banjir meningkat mendadak kepada 40 buah rumah[2] disebabkan projek kuari yang semakin maju. Ada 3 pihak yang bersalah di sini. Pertama, pemilik tanah yang menjalankan projek kuari. Kedua, agensi kerajaan yang meluluskan projek. Ketiga, syarikat kuari yang bebas dari undang-undang alam sekitar.

Ancaman banjir kilat di Kampung Mohd Noor dan Batu 7 pula disebabkan oleh tapak projek pelupusan sampah Bukit Payung, yang terpaksa meratakan lebih 40 hektar[3] kawasan hutan. Sebuah projek kerajaan negeri yang bertujuan untuk memindahkan tapak pelupusan dari Simpang Ranggam ke Bukit Payung. Projek ini dapat terus berjalan disebabkan oleh kebutaan dan sikap penyeleweng Kerajaan Negeri Johor. Kebutaan yang melihat projek tapak pelupusan sampah Bukit Payung sebagai wajar dan perlu diteruskan. Melalui sikap penyelewengnya dengan menipu seluruh orang tempatan berbekalkan janji-janji manis pilihan raya untuk menyelamatkan Bukit Payung. Tanpa mempedulikan jarak yang terlalu hampir dengan penempatan, dengan berbekalkan kajian DEIA yang korup.

FB_IMG_1575480173142
Kredit foto: Gerakan Selamatkan Bukit Payung

Tapak cadangan pelupusan sampah itu benar-benar berada di atas tali air Parit Purun, membawa lumpur-lumpur dari Bukit Payung ke dalam penempatan. Jika sampah yang seberat lebih 600 tan[4] sehari dibawa masuk ke Bukit Payung, maka bukan lumpur saja yang akan mengancam penduduk, tetapi sisa sampah dan juga kuman penyakit. Bukan sahaja penduduk harus bertungkus lumus membersihkan lumpur, terpaksa mengendalikan sisa sampah dari seluruh Johor. Kerana itu penduduk amat membantah tapak pelupusan berkenaan. Mereka juga berulang kali menegaskan, yang mereka tidak menolak pembangunan dan kemajuan, tetapi bukan bermaksud mahu menerima bencana dan kemusnahan. Dan ini benar, pembangunan itu tujuannya untuk menambah kesejahteraan, bukan kerosakan.

FB_IMG_1575480214057
Kredit foto: Facebook akaun Sila Tukaman

Ancaman yang bakal menimpa adalah termaha berat buat penduduk kampung ini, jika kerajaan negeri tetap berlaku tuli. Pertama, setiap mangsa banjir ini kerugian beribu-ribu ringgit, jika dijumlahkan kesemuanya memakan puluhan ribu ringgit. Jika banjir kilat ini sudah menjadi musim tahunan, maka ini bukanlah jumlah yang kecil yang terpaksa mereka tanggung setiap tahun. Ini tidak termasuk kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penternak dan petani tempatan. Seperti pekebun Kampung Mohd Noor, yang mana kebunnya berhampiran tali air Parit Purun seluruh kebunnya telah musnah akibat dipenuhi lumpur[5]. Ini sangat menjatuhkan ekonomi masyarakat tempatan serta juga sektor pertanian.

Kedua, tapak pelupusan sampah Bukit Payung akan mengakibatkan pencemaran yang teruk, di mana bukan saja sisa sampah akan turun melalui tali air Parit Purun ke kawasan penempatan, sisa air sampah yang mungkin berkimia dan berasid juga akan turut sama. Kuman-kuman berbahaya akan mudah merebak, orang tempatan berisiko untuk terima wabak penyakit. Kebersihan akan terjejas teruk, termasuk ekonomi penternakan dan pertanian orang tempatan, dan juga kesihatan masyarakat akan terancam. Adakah Kerajaan Negeri Johor tidak mempedulikan hal ini? Adakah sultan juga tidak mahu mengambil berat tentang rakyat jelatanya?

Jika tanpa projek-projek yang mementingkan diri ini, sekarang ini kita tidak akan berhadapan dengan masalah sebegini. Projek-projek kuari yang rancak berjalan, adakah mereka yang menanggung kerugian orang kampung? Seperti masalah Bukit Payung, adakah nanti sampah-sampah yang turun boleh disumbatkan dalam pejabat Kerajaan Negeri? Seratus peratus masalah banjir kilat ini bukanlah sebuah bencana alam, tetapi sebagai bencana kekhalifahan yang korup, kerajaan yang buta.

fmt-Sahruddin-Jamal-bernama-15319
Kredit foto: Free Malaysia Today

Tetapi apa sajalah sangat yang boleh dilakukan penduduk? Jika ada kerajaan pun, cuma kerajaan yang syok sendiri, tuli, dan suka buat tak peduli. Maka, pada 2 Disember 2019, lebih dari 5 buah laporan polis telah dikeluarkan oleh penduduk kampung sebagai usaha untuk menghalang projek ini[6]. laporan-laporan tersebut ditujukan buat pihak kerajaan yang malas bekerja, iaitu menteri KPKT, Zuraidah Kamaruddin, Menteri Besar Johor, Sahruddin Jamal, pemilik tanah kuari, dan juga jabatan kerajaan negeri Johor seperti Jabatan Pengairan dan Saliran dan pejabat daerah[7]. Tambahan, pihak NGO juga telah berjumpa secara bersemuka dengan 2 orang tauke kuari, En. Nordin dan En. Hafiz, menuntut mereka agar membersihkan parit-parit yang terjejas akibat projek-projek mereka sendiri.

Selain itu, penduduk kampung bersama Persatuan Alam Bukit Payung juga dalam proses mengumpul dana untuk memfailkan isu tapak pelupusan sampah ini ke mahkamah.

zuraidah
Kredit foto: EdgeProp.my

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=993455764338305&id=519090028441550

[2] https://www.sinarharian.com.my/article/60015/EDISI/Johor/Penduduk-trauma-banjir-lumpur?fbclid=IwAR3iUCZqPy72hmZiSsFw2Xl9S84WDoGf_UVGGx-MZTOExiy0qNYyESJsT-g

[3] https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/439969/projek-pusat-pelupusan-sampah-bukit-payong-ditangguh

[4] https://www.facebook.com/notes/pro-batu-pahat-勁在鑿石城/loji-penunuan-sampah-incinerator-di-bukit-payong-qa/172012293006881/

[5] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=993189067698308&id=519090028441550

[6] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=824588907976548&id=643549636080477

[7] https://www.facebook.com/519090028441550/photos/pcb.991617317855483/991617147855500/?type=3&theater

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s