Sejarah Kelahiran Neurosains

Kelahiran ilmu neurosains bermula apabila Hippokrates menghujahkan 2,500 tahun dahulu bahawa otak adalah adalah tempat bersemayam bagi pemikiran, rasa, emosi, dan kognitif (kemampuan psikologi). Sedang dalam zaman yang sama termasuk Aristotle percaya bahawa fikiran itu bertempat di bahagian dada, iaitu hati. Sepanjang sejarah tamadun di bumi ini yang dikenalpasti, ini adalah langkah pertama yang amat penting bagi umat manusia dalam memahami fungsi otak dan pekerjaannya.

Sejak dari itu sehinggalah abad ke-2 Masihi, Galen dari Pergamon (Aelius Galenus/Claudius Galenus) mengutarakan bahawa  otak manusia mempunyai tiga ventrikel (rongga). Setiap ventrikel bertanggungjawab untuk mengendalikan fakulti otak yang berbeza iaitu imaginasi, penaakulan/pertimbangan, dan ingatan. Berdasarkan teori beliau, otak mengawal aktiviti badan melalui pengepaman cecair dari ventrikel melalui saraf kepada organ yang lain.

Teori Galen ini memainkan peranan yang besar di dalam rentetan sejarah dan digunapakai sehingga abad ke-17 Masihi, di mana ahli filsafat Perancis Rene Descartes membandingkan otak dengan sistem mesin hidraulik. Tetapi gambaran Descartes ini mempunyai sedikit kecacatan, iaitu keterbatasan kelajuan cecair tidak dapat menjelaskan kepantasan reaksi tubuh badan.

Pada abad yang sama, pencerahan mula menyerlah apabila pakar anatomis mula mengambil tempat untuk menggambarkan struktur otak dengan lebih tepat. Thomas Willis, seorang doktor Inggeris di abad ke-17 menghujahkan kunci kepada bagaimana otak bekerja terletak pada pepejal tisu di bahagian serebrum, bukan terletak pada ventrikel seperti yang dipercayai oleh Galen.

Sehingga 100 tahun selepas itu, saintis Itali Luigi Galvani dan Alessandro Volta menemukan sumber renjatan elektrik dari luar boleh mengaktifkan saraf dan otot. Penemuan saintis Itali ini sedikit sebanyak menerangkan bagaimana tubuh badan dapat bertindak balas dengan begitu pantas terhadap sesuatu kejadian. Tetapi persoalan kelajuan tindak balas tubuh badan ini benar-benar terjawab pada abad ke-19, apabila fisiologis German Emil du Bois-Reymond menemukan dan mengabsahkan bahawa saraf dan otot itu sendiri menjana denyutan elektrik.

Penemuan itu membuka jalan baru bagi neurosains era moden dan diterima sehingga hari ini, bermula dengan hasil pemerhatian anatomis Sepanyol Santiago Ramon y Cajal di penghujung abad ke-20. Pemerhatian beliau terhadap struktur otak akhirnya dapat mengenal pasti bahawa otak itu terdiri dari berbilang neuron. Gabungan di antara neuron-neuron tersebut boleh diumpamakan seperti batu-bata yang telah disimen menjadi sebuah rumah yang dipanggil otak. Beliau menemukan neuron-neuron tersebut mempunyai pelbagai bentuk yang tidak dijumpai pada mana-mana bahagian sel-sel organ yang lain. Lebih mengejutkan, pemerhatian beliau terhadap sesetengah neuron serangga adalah lebih rumit dari kerumitan sel otak manusia. Penemuan ini menjelaskan bahawa kemampuan otak setiap makhluk itu bergantung kepada bagaimana neuron-neuron itu berhubung antara satu sama lain, dan bukanlah terletak pada keistimewaan atau kelebihan sel itu sendiri. Penjelasan Cajal tentang bagaimana perhubungan antara sel neuron ini yang membuatkan kita berfikir, merasa, dan bergerak masih lagi digunapakai dan dikembangkan sehingga sekarang.

cellstemcell

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s