Sambutan Hari Keamanan Sedunia 2018: Hentikan Perang Dadah, Membantah Hukuman Mati Mandatori di Bawah ADB 1952

21hb kempen

Keamanan adalah satu tujuan puncak bagi membentuk sebuah peradaban masyarakat yang tinggi. Sebuah negara yang benar-benar melihat keamanan dan kesejahteraan rakyat sebagai salah satu faktor keutamaan dalam membentuk sebuah masyarakat bertamadun tinggi, adalah sebuah negara yang benar-benar menghargai nilai kebebasan jiwa serta fizikal setiap satu dari rakyatnya.

Tinggi rendah nilai penghargaan sesebuah kerajaan terhadap kebebasan jiwa dan fizikal manusia itu dapat dilihat pada melalui bagaimana pihak perundangannya berurusan dan memberi perhatian terhadap hal-hal penting yang kurang mendapat liputan dan perhatian umum. Ini kerana, hak kebebasan itu tidaklah sama sekali bersangkut paut dengan hal populariti tetapi hak kebebasan itu adalah sebuah cerminan bagi pertimbangan akal yang sihat dan moral yang tinggi.

Namun, pembentukan yang sihat dan aman ini belum lagi sepenuhnya terlihat di Malaysia, Merujuk kepada pertimbangan yang dilakukan oleh pihak perundangan Malaysia terhadap beberapa kes melibatkan Akta Dadah Berbahaya seperti yang ditimpa Muhammad Lukman bin Muhammad yang bakal ke tali gantung walaupun telah membantu lebih dari 800 orang pesakit melalui minyak ganja. Hal yang sama juga seperti kes kapten Amiruddin yang dikenali sebagai Dr. Ganja di mana dia adalah seorang pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dalam masa yang sama ditangkap kerana telah berkongsi rawatan tradisional yang berasaskan benih hemp (ganja jantan) yang didapati di kedai herba tradisional kepada ratusan pesakit lain. Malahan, kes-kes seperti ini juga masih banyak lagi yang tidak diberi perhatian oleh kerajaan yang seharusnya bertanggungjawab dalam memimpin sebuah perundangan demi menjaga hak-hak dan keselamatan rakyat di dalam negara.

Tindakan pihak perundangan yang menjenayahkan pesakit yang memerlukan pertimbangan yang cukup dari sudut kesihatan, perubatan, ilmu etika, kajian akademik, dan beberapa faktor lain yang dapat memastikan pengadilan dikemukakan berasaskan pertimbangan secara holistik dan bukanlah sementah-mentahnya menurut ketetapan teknikal rang undang-undang. Jika hal ini tidak dipertimbangkan oleh pihak kerajaan, maka rakyat mempunyai hak untuk membantah setiap ketidakadilan yang berlaku.

Hal ini tepat menurut Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di dalam ‘Perisytiharan Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organisasi dalam Memupuk dan Melindungi Kebebasan dan Hak Asasi manusia Diiktiraf Sejagat’ Fasal 9 no.3 (a) yang menyatakan bahawa setiap individu atau kumpulan mempunyai hak untuk membuat aduan tentang polisi dan tindakan pegawai dan badan kerajaan berkenaan dengan perlanggaran hak dan kebebasan asasi manusia, melalui petisyen atau kaedah lain, kepada badan kehakiman yang bertauliah, badan pentadbiran atau penggubalan atau mana-mana sistem Negara, yang mana sepatutnya memberikan keputusan kepada penilaian mereka tanpa penangguhan.

Jika rasional sindiket haram yang diberkas itu perlu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana ditakuti akan mengancam keselamatan rakyat dalam negara, berpotensi besar untuk membunuh nilai kemasyarakatan melalui dadah-dadah yang diedarkan secara haram, maka berlandaskan hujah ini hukuman gantung sampai mati itu adalah sesuatu yang wajar dilaksanakan.

Namun, walaupun sejak tahun 1952 Akta Dadah ini berkuatkuasa, statistik tangkapan yang berkaitan dadah yang telah dikeluarkan oleh lama web rasmi AADK menunjukkan jumlah penagih yang dikesan semakin meningkat sejak 2013 sehingga 2017 dari 20,887 orang penagih kepada 25,922 penagih. Hal ini menunjukkan bahawa hukuman mati bagi pengedar dadah tidak menunjukkan keberkesanan efektif dalam membanteras sindiket haram.

Tambahan, jika pihak berkuasa masih mengekalkan corak pembanterasan yang sama, secara tidak langsung akan menyebabkan pergerakan sindiket haram menjadi lebih rumit dan licik. Ini kerana, satu-satunya hal yang membenarkan sindiket haram ini untuk terus wujud adalah dengan permintaan dari masyarakat yang tidak dipenuhi. Selagi permintaan dari masyarakat masih ada, selagi itu sindiket haram akan terus menerus mencuba untuk berleluasa. Kesannya, keselamatan individu yang sakit (penagih) yang seharusnya mendapat pelindungan dari badan bertanggungjawab akan terjejas. Malah, akan menyebabkan individu tersebut menjadi semakin selesa untuk bergantung terhadap keberadaan sindiket haram.

Di dalam hal jenayah yang melibatkan Akta Dadah Berbahaya, pihak perundangan masih lagi menampakkan kekeliruan dalam mendefinisi dan mengenalpasti ‘sindiket haram’ yang mengancam keselamatan masyarakat dan keamanan negara. Perlaksanaan dan corak pengadilan undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya masih lagi belum mempunyai landasan-landasan yang jelas untuk membezakan antara pengamal perubatan dengan sindiket haram yang membuat keuntungan. Ketidakmampuan untuk membezakan antara pesakit dengan penjenayah, pengamal perubatan tradisional dengan sindiket haram, adalah satu penanda aras yang jelas bahawa perubahan harus berlaku serta merta melalui pertimbangan dan kajian semula yang didasari secara ilmiah dan beretika.

Penagih-penagih yang terlibat dengan penggunaan dadah secara tidak terkawal,  adalah mereka yang bergantung terhadap pengambilan dadah berbahaya demi kelangsungan hidup. Bermakna, penagih-penagih ini adalah pesakit-pesakit yang menghidapi masalah kebergantungan dan memerlukan perhatian dari badan bertanggungjawab. Namun, tidak ramai yang akan berani untuk mendapatkan khidmat terapi dan pemulihan dari mana-mana badan bertanggungjawab selagi penyakit yang dihadapi mereka masih dianggap dan diperlakukan seperti seorang penjenayah. Gambaran tentang kesalahan undang-undang, lokap, dan penjara telah menyebabkan ramai pesakit semakin menjauhi badan-badan bertanggungjawab ini. Malahan, kesan yang lebih berbahaya berbanding pesakit-pesakit semakin menjauhi pusat badan bertanggungjawab, adalah apabila hubungan urus niaga akan menjadi semakin kuat di antara pesakit-pesakit ini dengan sindiket haram yang telah menjadi tempat kebergantungan mereka.

Dengan memperlakukan pesakit seperti seorang penjenayah, tidak akan menyelesaikan masalah kesihatan mental dan fizikal yang dihidapi oleh seorang penagih. Keadaan juga menjadi bertambah buruk apabila bentuk pencegahan dadah yang di amalkan di negara ini hanya memburukkan lagi keadaan sesebuah institusi kekeluargaan yang pada awalnya telah sedia mempunyai masalah dengan seorang ahli anggotanya yang mengalami masalah kesihatan. Seharusnya bentuk pencegahan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan mampu untuk bersifat lebih aman dan didasari oleh kefahaman yang dalam terh

Dengan memperlakukan pesakit seperti seorang penjenayah, tidak akan menyelesaikan masalah kesihatan mental dan fizikal yang dihidapi oleh seorang penagih. Keadaan juga menjadi bertambah buruk apabila bentuk pencegahan dadah yang di amalkan di negara ini hanya memburukkan lagi keadaan sesebuah institusi kekeluargaan yang pada awalnya telah sedia mempunyai masalah dengan seorang ahli anggotanya yang mengalami masalah kesihatan. Seharusnya bentuk pencegahan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan mampu untuk bersifat lebih aman dan didasari oleh kefahaman yang dalam terhadap masalah yang dihadapi.

Perang dadah dapat dihentikan secara sihat dan aman dengan mengeluarkan ganja dari Akta Dadah Berbahaya agar kajian ilmiah dapat dijalankan tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi undang-undang. Kes-kes dadah yang mempunyai hubung kait dengan perubatan ganja haruslah diajukan kepada pihak kementerian kesihatan bagi tujuan kajian lanjut untuk mendapatkan pengadilan yang sebenar-benarnya adil dan lebih bersifat manusia, bukanlah dengan sementah-mentahnya menerima undang-undang yang memenangkan ketidakadilan. Hal ini selari dengan lambakan kajian-kajian ilmiah dari negara luar yang telah mendapat pengiktirafan dunia tentang kajian potensi ganja terhadap kesihatan mental dan fizikal manusia. Ada juga beberapa kajian ilmiah yang telah dijalankan di Malaysia, namun tidak mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan. Namun, soal pengiktirafan seharusnya bukanlah satu tembok besar yang menghalang sesebuah perundangan untuk menjadi lebih adil dan berperikemanusiaan.

Akhir sekali, pada 21 September 2018 ini adalah sambutan Hari Keamanan Sedunia yang akan diadakan di hadapan Penjara Kajang demi menyuarakan ketidakadilan yang berlaku terhadap mangsa-mangsa kekejaman Akta Dadah Berbahaya dan seterusnya sebagai suara desakan pada kerajaan untuk memansuhkan setiap hukuman mati yang tertakluk di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s